Undi kami, pendidikan percuma kepada semua rakyat - Anwar Ibrahim
Zaili Muhammad
Fri | Jan 18, 08 | 4:44:03 pm MYT
petikan: www.harakahdaily.net
TANGGA BATU, 18 Jan (Hrkh) - Dato’ Seri Anwar Ibrahim
mengumumkan satu lagi tawaran kepada rakyat Malaysia sekiranya
memberikan kemenangan kepada Barisan Alternatif untuk memerintah dalam
pilihanraya umum akan datang.

Anwar
berkata, beliau akan mempastikan pendidikan secara percuma diberikan
kepada semua pelajar dari sekolah rendah sehingga ke peringkat
Universiti.
"Turun harga minyak masih ada untung lagi, untuk itu kita akan pastikan
semua sekolah rendah, menengah dan universiti anak-anak dan ibubapa
tak payah bayar semuanya percuma.
"Pendidikan dari sekolah rendah percuma sehingga ke universiti percuma,
RM 4.50 tak payah bayar RM 100 tak payah bayar, jangan ikut macam
menteri keris kata RM 4.50 tak payah bayar tapi RM 100 kena bayar,"
katanya sambil disambut dengan laungan takbir oleh orang ramai.
Katanya, keuntungan daripada hasil minyak petroleum
yang diperolehi oleh Petronas sepatutnya boleh dinikmati bersama
seluruh rakyat Malaysia sekiranya ditadbir secara adil dan saksama.
Menurutnya, keuntungan hasil minyak yang dinikmati negara
sekarang ini sebanyak RM 80 bilion dan kalau diturunkan sedikit
harganya untuk meringankan beban rakyat takkan negara akan bangkrap
ketika berceramah di Balai Islam Pantai Kundur, di sini, baru-baru ini.
Turut sama berceramah pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya
PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan antara pimpinan yang
hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Khamis Saat
serta Ketua Angkatan Muda PKR, Samsul Iskandar Mat Akin.
"Saya selama 8 tahun menjadi Menteri Kewangan harga minyak di paras RM
1.10, walaupun masa harga minyak dunia naik melambung harga tetap sama
juga, sekali aje naik 3 sen menjadikan RM 1.13 kemudian turun balik RM
1.10.
"Kalau nak banding harga minyak jangan bandingkan dengan Singapura
kerana negara itu tak ada minyak," kata beliau.
Sambil itu, beliau turut memberi amaran bahawa sekiranya BN menang lagi
pada Pilihan Raya Umum kali ini harga minyak akan naik lagi kerana
mereka langsung tidak memikirkan permasalahan rakyat. - mr
February 26th, 2008 at 1:26 am
sy sokong!!!
sbb sy telah merasa beban sbg pelajar..
belum habis blaja hutang dh nak dekat 35k…
undilah Keadilan dan Pas…
March 4th, 2008 at 8:43 pm
interest PTPTN saya makin lama makin naik….xcukup duit nk bayar
March 6th, 2008 at 4:09 am
sy pn sokong… tapi sy xblh mgundi sbb nama sy d spr xde… sy daftar bln 11… so nama sy xnaik..
March 6th, 2008 at 6:33 am
subhanallah…saat makin genting.. cmana ni? boleh ke kami melihat perubahan setelah 50 thn ‘merdeka’?? smg Allah membantu…
March 9th, 2008 at 8:27 pm
yup!! pendidikan percuma disokong 100%!!hapuskan ptptn.. sengsara nak tanggung hutang brpuluh2 tahun dgn kadar faedah yg tinggi..dulu pernah tolak tawaran ke luarnegara cz bimbang adik2 tak mampu teruskan belajar.. hidup BA!!
March 10th, 2008 at 12:34 am
saya sokong jugak hahhaahah……
March 11th, 2008 at 8:53 am
saya sokong…
kebanyakan pelajar kite telah di bebani hutang sblm abis belajar…..
sunguh kesian…
March 13th, 2008 at 9:15 pm
saya sokong dato pendidiksn harus di beri percuma dari tadika hingga universiti kepada semua rakyat malaysia tanpa mengira bangsa atau negara.kerana itu adalah salah satu fungsi kerajaan.Fungsi kerajaan bkn memajukan pendidikan swasta.
March 14th, 2008 at 12:41 am
saya turut sokong 100%.
harga minyak skang ni naik 3 kali setahun. lagi pula dah berkeluarga, duduk asing-asing disebabkan perkerjaan. Jumpa keluarga pun sebulan sekali. mana nak bayar kereta, rumah, pinjaman belajar… Buatlah yang terbaik untuk kebajikan rakyat.
March 14th, 2008 at 1:02 am
Another cheers for DSAI. Does that apply to all school? Private school?
OK OK.. private means one can afford.
March 25th, 2008 at 9:18 am
emmm…..
April 15th, 2008 at 11:25 pm
saya tukar Universiti dari USM ke UPSI..so sya xdapat ape2 pinjaman dari PTPTN lagi kerana perlu bayar yang ditanggung di USM..di UPSI saya ada maslah kewangan..DSAI bantu sya dapatkan PTPTN untuk tangung pengajian saya..jadikan HAK ORANG MELAYU KEPADA BIASISWA BUKANNYA PINJAMAN..
April 15th, 2008 at 11:27 pm
please DSAI..saya punyai cita2 yang tinggi untuk jadi pemimpin macam DSAI saya juga perlu mendapat pendidikan yang setinggi mungkin..
May 6th, 2008 at 4:12 am
DSAI,tolonglah kami.kami amat perlukan DSAI.kami dah lama tersepit dan tertekan dengan keadaan semasa.
May 11th, 2008 at 8:07 pm
to me mmg bgs bnder cam ni…
plajar d bebani hutang walaupun dh habis blajar…
tp perlu ader pmantauan…
cz student skunk kbanyakan nyer mengunakan duit biasiswa atau pinjaman mereka untuk joli…
to me klo 100% student di taja maka mereka akan biasa utk hdup dgn bantuan jek…
May 29th, 2008 at 6:18 pm
tepat sekali ramalan dato seri harga minyak akan naik lagi… walaupun kerajaan BN berjanji untuk mengawal kenaikan minyak tapi sekarang apa yang jadi??? sepanjang Dato seri Abdullah memerintah, sudah lima kali minyak naik dengan alasan yang sama… tidak mustahil tahun depan minyak akan naik lagi..
June 7th, 2008 at 8:11 am
Salam dato’, adakah dasar ketuanan melayu adalah satu dasar yg btul untuk sebuah negara islam spt mlysia?
ia seakan-akan menaikkan semangat asabiyah yg mmg dilarang oleh islam… mlysia adalah ngare islam bukan ngare melayu…
June 14th, 2008 at 4:10 am
saya sbg pengguna kenderaan bermotor memerlukan anda menjadi pemimpin kami dlm menurunkan harga petrol n diesel..
June 19th, 2008 at 11:02 pm
Ketidakadilan Ekonomi di Malaysia untuk perhatian Y.BHG DATO` SERI ANWAR IBRAHIM, PRIME MINISTER IN COMING.
Kepada sahabat-sahabat di luar sana, hari ini kita dapat menarik nafas lega selepas puluhan tahun berjuang demi menegakkan hak dan membela rakyat….
Kemenangan Pakatan Rakyat tidak bermakna berakhirnya ketidakadilan yang berakar umbi di tanah air kita ini…
Keadilan bukan bertumpu kepada keadilan undang-undang semata-mata tetapi keadilan yang menyentuh masyarakat rata-ratanya adalah keadilan ekonomi..
Kepada pemimpin di luar sana, janganlah terlalu angkuh bila memegang kuasa sama ada pemimpin itu dari pembangkang mahupun kerajaan kerana kuasa merupakan satu nikmat yang perlu dimanupulasi demi kebaikan ramai pihak…
Kerajaan yang berkuasa sama ada daripada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu menjaga badan-badan kerajaan dan juga GLC di bawah mereka seperti bank-bank,pemaju-pemaju perumahan dan apa juga syarikat agar bertindak adil serta mengawal pembahagian projek dan tender secara saksama..
Jatuhnya sebuah kerajaan apabila mereka leka dan membiarkan ketidakadilan ekonomi berlaku secara bermaharajalela walaupun mereka sedar tentang hal tersebut dan impak langsung telah dirasai dengan keputusan PRU 12 yang lepas.
Peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di dalam negara seperti peristiwa berdarah 13 Mei, keputusan pilihanraya ke 12 lepas adalah manifestasi langsung daripada ketidakpuasan hati rakyat terhadap pembahagian ekonomi yang sangat parah.
Pegawai-pegawai kerajaan, bank-bank GLC, syarikat-syarikat pemaju perumahan kawalan kerajaan, syarikat-syarikat awam yang lain membahagikan peluang-peluang ekonomi sesuka hati mereka sehingga keputusan yang mereka buat langsung tidak boleh dipersoalkan. Mereka berselindung di sebalik bermacam-macam alasan untuk menutup peluang ekonomi kepada mana-mana syarikat yang mereka tidak sukai walaupun tiada sebarang kesilapan dan kesalahan dari sudut mutu dan kualiti kerja.
Jika yang berbuat demikian adalah Tan Sri Dr Teoh Hong Piow, Pengerusi dan Pengasas Public Bank Berhad, maka kita semua dapat menerimanya kerana segala wang dan harta bank tersebut adalah milik beliau keseluruhannya dan bukan daripada modal kerajaan atau mana-mana individu lain. Namun orang seperti beliau adalah orang-orang yang dilahirkan bijak, walaupun kuasa beliau terhadap bank tersebut adalah sangat luas dan tidak terhad namun beliau masih menetapkan peraturan dan polisi-polisi yang tidak menindas.
Justeru, sekiranya kerajaan ingin terus berkuasa baik daripada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu melihat perkara ini sebagai sesuatu yang amat serius kerana perbuatan mereka ini memberi kesan kepada penjanaan keuntungan syarikat-syarikat kerajaan ini. Walhal matlamat yang paling utama oleh kerajaan adalah menjana keuntungan yang sah di sisi undang-undang dan bukannya membiarkan pegawai-pegawai mereka menunjukkan kuasa tetapi gagal dari sudut perlaksanaan kerja.
Namun malangnya, bukan segelintir tetapi hampir semua pegawai-pegawai kerajaan dan GLC yang berada dalam Jabatan yang boleh menentukan pembahagian peluang ekonomi telah menetapkan polisi-polisi bodoh dan memalukan dan sebarang kritikan terhadap mereka tidak akan dilayan. ini menunjukkan kerajaan yang ada sekarang adalah lemah kerana mereka ini seolah-seolah kebal sehingga tiada sebarang tindakan boleh diambil untuk mengubah penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang mereka lakukan selama ini sejak bank-bank ini ditubuhkan.
Cuba lihat perbezaan keuntungan bank-bank GLC dan bank-bank swasta sepenuhnya seperti Public Bank dan Hong Leong. Penubuhan mereka ini adalah selama penubuhan Bank Simpanan Nasional dan Agro Bank namun keuntungan yang dijana adalah sangat sedikit berbanding bank-bank swasta ini padahal Bank Negara Malaysia telah menetapkan peraturan yang menguntungkan Bank-Bank kerajaan tetapi apa yang memalukan mereka masih tidak dapat bersaing. Kenapa? dan apa sebabnya.
Sebab yang paling utama adalah pegawai-pegawai ini bukannya menumpukan usaha untuk membuat perancangan bagi menjana keuntungan kepada Bank-Bank kerajaan tetapi mereka lebih suka menumpukan usaha kepada hal-hal seperti bagaimana kita ingin mengurangkan panel-panel dengan bank-bank. Padahal bank-bank tersebut tidak perlu mengeluarkan sesen pun untuk memberikan panel. Mereka telah diasuh untuk memberikan jawapan standard jika ingin menolak mana-mana permohonan panel yang mereka tidak sukai kerana mungkin syarikat tersebut mengkritik mereka ataupun tidak menyuap mereka dengan rasuah wang, set kayu golf, makan-makan di hotel mewah,membayar ansuran kereta pengurus-pengurus dan tidak memberi wang poket yang tetap pada setiap bulan kepada pegawai2 ini. Apa yang pelik dan menunjukkan kebodohan mereka ialah sehingga syarikat-syarikat luar ini langsung tidak dibenarkan membawa bisnes kepada mereka walaupun ia memberi keuntungan kepada bank-bank atas alasan syarikat tersebut tidak panel. Jika begitu mengapa tidak memberikan panel, bukannya dengan memberikan panel maka sejumlah dana daripada kerajaan dan wang rakyat terpaksa diperuntukkan kepada syarikat-syarikat yang ingin menjadi panel ataupun sejumlah wang terpaksa keluar daripada poket mereka sendiri.
KERAJAAN perlu memberikan perhatian dalam hal ini kerana ketidakpuasan hati ramai pihak ini akan membawa kesan kepada undi yang mereka terima dalam pilihanraya. Tindakan disiplin yang tegas seperti digantung kerja dan dipecat perlu diambil kepada pegawai-pegawai bank tersebut kerana bilangan mereka tidaklah terlalu ramai berbanding bilangan pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan perlakuan mereka. Maka dengan ini kerajaan dapat menjana keuntungan yang lebih dan juga dapat menjamin kuasa politik terus berada di tangan mereka kerana tindakan adil tersebut telah menggembirakan hati ramai pihak berbanding pihak-pihak yang tidak berpuas hati kerana dipecat atas sebab mengambil rasuah.
Manakala pemegang jawatan-jawatan tertinggi seperti pengerusi-pengerusi bank, ketua pegawai eksekutif syarikat-syarikat pula adalah individu bacul kerana enggan mengubah perkara ini. Perlu diingat, mereka juga akan menerima kesan daripada ketidakadilan pembahagian peluang ekonomi ini kerana ia melibatkan bumiputera dan juga bangsa mereka sendiri.
Adalah sangat merugikan bagi pihak kerajaan menggaji orang-orang seperti ini kerana mereka ini tidak ada daya tahan intelektual untuk berdepan dengan kata-kata dan apa yang mereka lakukan hanya membisu dan menggunakan kuasa mereka… pegawai-pegawai bawahan mereka telah menggubal dan menyusun polisi yang tidak rasional sehingga menjejaskan keuntungan kerajaan dari sudut jangka panjang….Ironisnya, mereka memberi alasan untuk tidak memberi peluang ekonomi secara adil atas sebab polisi yang telah digubal padahal perbuatan mereka mengambil rasuah dan menyalahgunakan kuasa itu bukan sahaja bertentangan dengan polisi malah melanggar prinsip2 asas mana-mana agama,undang-undang dan norma-norma kehidupan masyarakat….
Saya mencabar mana-mana pihak untuk menyangkal kebenaran ini dan bagi yang berkuasa baik barisan nasional dan pakatan rakyat segera mengubah apa yang telah berlaku…..
Salam hormat.
July 17th, 2008 at 7:57 am
sy pun setuju…
sesungguh nya kami sentiasa sokong dato….
hidup dato’!!!
July 29th, 2008 at 7:06 am
DSAI lawan tegakkan keadilan..!!turunkan harga minyak!!hapuskan tol y mebebankan kami!! hapuskan Akta AUKU..Kami student tak mndapat kebebsan u bsuara!!!
August 8th, 2008 at 7:12 pm
mcm mana dengan pinjaman PTPTN? at least saya harap dapat hapuskan 3% tu. sebelum dapat kerja, saya memang tak mampu nak bayar. kos pentadbiran pulak berlambak-lambak dah. susah ati bila surat-surat penyata dari PTPTN sampai…
August 11th, 2008 at 3:54 am
saya amat berharap apa yang dijanjikan oleh DSAI dan pakatan barisan alternatif bukan omong-omong kosong yang menyedapkan haluar teliga semua rakyat……
sebagai anak jati kedah saya juga mengharapkan suatu perubahan yang mendadak pada negeri saya tapi setakat ini hanya kadar bayaran parking kereta sahaja yang diberikan percuma itu pun sekarang ditukar dengan sistem parking berkupon! dalam manifesto saya lihat terlalu banyak janji2 pada rakyat……
nasihat saya pada pakatan b arisan alternatif terutaman sekali di kedah usah la lebih menumpukan kajian2 dan soal selidik tentan parti yang memerintah terdahulu tetapi tunjukkan satu fasa pembanggunan seperti yang ada dalam manifesto pada PRU 12 !
andai kata semua yang dijanjikan pada PRU 12 tidak dikotakan saya khuatir tak mustahil pucuk pimpinan serta pemerintah di semua negeri terutaman sekali negeri kedah akan bertukar?
sebagai rakyat serta pengundi saya pohon jgn la menipu kami lagi cukup lah kami dihimpit kesusahan yang masa lampau1
NASIHAT SAYA SAYA INGATLAH KETIKA KITA SENANG SEBELUM KITA SUSAH…..(ZACK)
August 11th, 2008 at 4:08 am
DATO, DSAI isu khalwat DSAI amat memeningkan seluruh rakyat malaysia ataupun satu dunia so apakah DSAI ada jawapan yang tepat pada hal ini selain mempertikaikan isu Ujian DNA dan kelemmahan sistem undang2 di malaysia!
untuk kes DSAI apa yang saya tahu pengadu(saiful bahri) telah bersetuju untuk bersumpah dengan Al QURAN sedangkan DSAI belum mengeluarkan sebarang jawapan pada hal ini?
DSAI sebagai umat islam , tiada yang benar melainkan AL QURAN sebagai kamus hidup serta Rukun Iman bagi umat Nabi ADAM A.S jesteru itu saya mencabar DSAI agar bersetuju dengan cadangan Saiful Bahri itu………jgn takut andai kata kita dijalan yang benar…sesungguhnya AllAH LEBIH MENGETAHUI DAN MENGASIHANI UMATNYA…..
CUBA, DSAI tgk cerita kisah MAHSURI…..pada padangan DSAI sekira AL QURAN digunakan ketika itu sudah tentu MAHSURI tidak mati kerana difitnah oleh seorang wanita yang irihati dengan kecantikannya serta kebaikkan mahsuri!
pada semua rakyat jelata ataupun saudara-saudara yang melihat tulisan saya ini pikir2 kan lah apa yang saya katakan ini……
kehidupan kita didunia ini hanya sementara maka gunakan ia sebaik mungkin ………..
dan ingatlah sepekara…..iaitu Azab kita di dalam kubur bila kita sudah tiada bernyawa nanti…..Assalamualikum///
August 13th, 2008 at 9:09 pm
salam dato..smoga dato berada dalam keadaan sihat slalu,teruskan usaha dato sebagai wakil rakyat.mga tabah mhadapi sgala ujian dan cabaran yg dilanda dato.
August 15th, 2008 at 12:21 am
Salam DSAI…. Kepada Allah s.w.t kita bertawakkal. Apa yg kita usahakan, jika mendpt keberkatan dr Allah, tiada yang mustahil selagi perjuangan yg di lakukan untuk mendapatkan keredaan dari Ilahi. Segala yg berlaku dan usaha yg dilakukan jika berpaksikan Ilahi, rahmat dan pertolongan sentiasa ada, InsyaAllah. Apa yg kita lalui hari ini jika Allah sentiasa dlm hidup kita, segala kesusahan dugaan yg dtg insyaAllah menjadi penambah darjat kita di akhirat kelak. kejayaan dan kegagalan adalah ukuran setakat mana keimanan kita kepada-Nya. Semoga DSAI tidak melupakan yg Esa, bigtu juga seluruh umat Islam.. Wsalam
August 17th, 2008 at 4:11 am
kalu sume percuma mana nak bayar gaji guru,n warga pendidik..wahai semua ingatlah..dikala belum menjadi pemimpin janganlah bayak mengaburi mata rakyat dengan helah yang tiadak pasti boleh ditunaikan..wahai anuar…jangn mengharapkan jawatan perdana menteri akan dapat disandang..berkhayal lah tetapi rakyat tidak pernah buta dan tak akan buta dengan tipu nasihat mu..kalu betul kau seprg pemimpin, mana pergi ciri2 seorang islam??????????????kalu betul kau tiadak bersalah..kenapa tidak mahu mengangkat sumpah..takpayahla..kami tak buta lagi..INGAT!!!!!ORANG YANG BESALAH TIDAK AKAN MENGAKU KESALAHANNYA MALAH IA MENUTUP KESALAHANNYA DENGAN SEGALA DURJANA!!! ingat mati la oi!!!!
August 23rd, 2008 at 11:16 am
kalo dato’ betul x liwat..sy cabar dto’ wat sama cam saiful sumpah baru2 ni..Allah Maha Melihat,Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui..kalo dato’ x wat..x problem,tp kalo dato’ betul2 wat bende 2,sy no komenlah..sapa mkn cili die rasa pedasnyer..
August 27th, 2008 at 1:29 am
sy skong…bn tdk pduli nsb rkyat…mrka ambil untung sesama mrka
August 31st, 2008 at 1:31 am
Salam sejahtera Dato Seri… selaku seorang pelajar di salah sebuah IPTA di Malaysia dan yang kini ambil jurusan pengajian politik…saya harap apabila Dato berjaya jadi PM nanti, harap-harap Dato cuba menghapuskan diskriminasi dalam universiti… Setahu saya,Unversiti di Malaysia ini yang kini standard nya jatuh jika berbanding dengan zaman Dato, dan ada 3 perkara yang saya kemukakan kepada Dato dan harap Dato jangan salah sangka yang saya seorang pelajar yang bersifat perkauman…
1)Pensyarah-pensyarah di universiti sering kali bersikap berat sebelah dalam universiti dan apa yang saya ingin sampaikan adalah sebagai contoh, ada khabar-khabar daripada kawan saya yang berbangsa Melayu yang menyatakkan bahawa mereka sering mendapat soalan bocor daripada pensyarah-pensyarah sebelum peperiksaan akhir tahun di masjib pada hari Jumaat.
2)segelintir pensyarah yang sering kerap tidak hadir ke kelas atau kuliah dan ada di kalangan pelajar yang menyatakan bahawa pensyarah-pensyarah ini membuat kerja Sambilan dan mencari keuntungan tanpa menjalankan tanggungjawab mereka
3)Terdapat pensyarah dan kakitangan universiti yang bersikap biadap terhadap golongan non-Malay…
Diharapkan Dato dapat mencari jalan untuk menangani masalah ini..
Sekian terima kasih….
August 31st, 2008 at 1:33 am
Salam sejahtera Dato Seri… selaku seorang pelajar di salah sebuah IPTA di Malaysia dan yang kini ambil jurusan pengajian politik…saya harap apabila Dato berjaya jadi PM nanti, harap-harap Dato cuba menghapuskan diskriminasi dalam universiti… Setahu saya,Unversiti di Malaysia ini yang kini standard nya jatuh jika berbanding dengan zaman Dato, dan ada 3 perkara yang saya kemukakan kepada Dato dan harap Dato jangan salah sangka yang saya seorang pelajar yang bersifat perkauman…
1)Pensyarah-pensyarah di universiti sering kali bersikap berat sebelah dalam universiti dan apa yang saya ingin sampaikan adalah sebagai contoh, ada khabar-khabar daripada kawan saya yang berbangsa Melayu yang menyatakkan bahawa mereka sering mendapat soalan bocor daripada pensyarah-pensyarah sebelum peperiksaan akhir tahun di masjib pada hari Jumaat.
2)segelintir pensyarah yang sering kerap tidak hadir ke kelas atau kuliah dan ada di kalangan pelajar yang menyatakan bahawa pensyarah-pensyarah ini membuat kerja Sambilan dan mencari keuntungan tanpa menjalankan tanggungjawab mereka
3)Terdapat pensyarah dan kakitangan universiti yang bersikap biadap terhadap golongan non-Malay…
Diharapkan Dato dapat mencari jalan untuk menangani masalah ini..
Sekian terima kasih….
September 28th, 2008 at 8:08 pm
jcjbd
September 28th, 2008 at 8:11 pm
aper yg dikatakan semuanya tidak relevan.pendidikan percuma????? adakah negara kita sekaya negara maju yg laen??? pikir2 kan lah…
October 11th, 2008 at 3:17 pm
HIDUP DATO SERI !!!!!!! ARAMAI TIIIII!!!
November 12th, 2008 at 3:09 am
hmm..pendidikan percuma kepada semua rakyat?
boleh ke DSAI?
mcm ne plak klu org tua semua yg hidup sekarg nie nak stdy lg?
mksd sy stdy di pusat pengajian tinggi…
takkan kos RM1+K kerajaan nak tanggung?
klu diikutkan lar raykat malaysia yg berumur 6thn dan keatas ade berjuta2…n org yg berumur 18thn keatas ade lar berjuta2…
DSAI try kali dgn rm15k sudah lar(ptptn tok diploma rm15k)..mst kerajaan tanggung beban yg byk…
takkan nak korek duit petronas lagi kot?
petronas byk sgt ke duit?
harap2 ade ar org bg comment dkt page sy..
bkn nak uji kewibawaan DSAI,tp sy pun perlukan reformasi skrg…
sy nak ketelusan yg tidak berbelah bahagi skrg..
mslh myk tuh bg sy tak perlu lah timbul..coz sy dri kuarga ssh jgk..ayah tak ade..tp mak sy tak penah merungut pun bhn mentah(bhn nk wat kuih) nak buat kuih mahal..
dgn jual kuih tuh lar sy dpt belajar smpi ke menara gading..
itu sahaja yg sy nk..REFORMASI…
-LEAVE YOUR COMMENT AT MY PAGE-
n sy hrp DSAI boleh bg jwpn dkt sy..
November 26th, 2008 at 11:45 pm
alhamdulillah..dah lama saya nantikan perubahan yang mengajaibkan…smoga cita2 murni kita berhasil…
June 12th, 2009 at 1:08 am
btul3..sye skong..bg la pndidikan prcume..klu nk byr pun sket je jdi la..jgn la ltk harga gle2 sgt..koyak poket org tue kmi dowh..blum keje da bnyk utang..da abis blaja blum tntu dpt keje yg setimpal dgn certificate..camne rkyat mlaysie nk maju..klu kaye xpe la..byar je ley jd doktor..klu orng ssah, org kmpg yg dpt g u..tp xde dwet..pehhhhhhhhhhhh..spm je jwbnyer..aku pun utang byk weh..keje dak lagi..hmpeh tol…malaysia ni klu org ats tlus n xslweng dwet da lme da kaye beb,leh jdi cm jepun ape..hsil bumi mlasia pun byk pe, mnyak ade,bjih tmh ade.,blak mhl2 sume kt hutan mlysie beb,cukai sne,duti sni,sman lagi..sume dwet tu,,.tol lagi..da la mhal..mne dwet tu wey..klu agih kt pdduk malaysia sorng 1% pun jdik la wei..xbankrup la malaysia..idup malaysia..sje je nk tlis ni ..boring2..
p/s runsing ngan politik kt malaysia ni..xtau la spe btul spe slah..yg aku tau..klu allah nk sesorng tu jdi pemimpin sure die bkl jdi pemimpin..xde aral mlintang yg boley hlg power allah tu..so..lu pkir la sendiri beb..