Pujian untuk Loh Mui Fah
Saya memuji keberanian Loh Mui Fah di atas keputusannya untuk tampil
ke hadapan dan mengesahkan identitinya sebagai individu kedua di dalam
video VK Lingam. Kesanggupannya berbuat demikian di dalam suasana
keselamatan yang tidak terjamin memerlukan keberanian.
Justeru, pengesahan beliau menutup sebarang keraguan terhadap
kesahihan video ini, dan membolehkan Suruhanjaya DiRaja memberi tumpuan
kepada isu-isu pokok yang ditimbulkan di dalam video tersebut.
Saya akan menghadiri persidangan Suruhanjaya DiRaja esok, Isnin 14
Januari pada 10 pagi. Saya telah melantik pasukan peguam yang akan
menarik perhatian terhadap beberapa isu kritikal di hadapan Suruhanjaya
tersebut termasuk persoalan keanggotaan Suruhanjaya.
ANWAR IBRAHIM
*
I commend the bravery of Mr. Loh Mui Fah for coming forward and
confirming his identity as the other person in the VK Lingam tape.
Doing so in an atmosphere of uncertain security required great courage.
In light of Mr. Loh’s confirmation, all doubts as to the
authenticity of the video should be dispelled, enabling the Royal
Commission to focus on the disturbing issues raised in the video itself.
I will attend the hearing of the Royal Commission tomorrow, Monday
the 14th of January at 10am. I have appointed counsel who will raise a
number of critical issues before the Commission including the question
of the composition of the Commission.
ANWAR IBRAHIM