Pertabalan Ketua Imam Khalifah Besar Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia

Sudah sekian lama Wakil Adat dan Guru Khalifah Silat Seni Pusaka
Gayong Malaysia mempelawa saya untuk menerima tugas tersebut (selaku
Khalifah Besar), saya akhirnya akur. Alasan Cikgu Majid Isa, Setiausaha
Agung Persatuan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia dengan restu Puan
Siti Fadhilah Dato’ Meor Abd Rahman ialah bahawa perlantikan tersebut
adalah di atas wasiat allahyarham Dato’ Meor dan muafakat semua ketua
adat. Jawatan tersebut belum terisi sejak peninggalan allahyarham Dato
Harun Idris.
Menteri
Besar Kedah, Setiausaha Politik PM cuba melarang mereka dari meneruskan
acara di Madrasah An-Nahdah Kubang Semang. Malah Cikgu Majid sendiri
diugut dengan pelbagai ugutan yang membabitkan pekerjaan beliau. Namun
amanah tetap amanah, wasiat kekal wasiat.
Alhamdulillah majlis disempurnakan dengan sempurna sepanjang Sabtu
lepas. Majlis diserikan dengan persembahan anak-anak gayung dan
perbarisan gayung.
Penyertaan generasi muda dari desa, mahasiswa dan graduan cukup
memberansangkan. Mutu persembahan pencak mereka hebat dan petah sekali.
Harapnya akan ada yang berani ‘bersilat’ di gelanggang yang sama adil dan sama rata selepas ini..
ANWAR IBRAHIM
Sekitar Upacara Perlantikan:



January 20th, 2008 at 5:36 pm
macho giler dato’ seri.keep it up.
January 21st, 2008 at 2:50 am
Long time not see Cikgu Siti..
Takbir!!!
Hidup Dato Sri..
January 23rd, 2008 at 5:29 am
salam…emm dgr citer…silat seni pusaka gayong nih de amalan syirik…..btul ke??
February 6th, 2008 at 7:55 am
tahniah dato’ seri atas pertabalan itu…tahniah juga diucapkan kepada cikgu majid, walaupun diugut, sanggup mengambil risiko kerana amanah..saya bangga menjadi saudara seagama dgn cikgu majid…
June 20th, 2008 at 12:20 am
Saya ingin Dato Seri jawab apa yang dapat Dato` Seri lakukan terhadap bank-bank ini apabila berkuasa kelak. Samada Pengerusi Bank ataupun CEO,Legal Department, Home,Corporate and Commercial Officers and Recovery department, semua jawatan mereka ini adalah dilantik dan boleh diarah untuk membuat apa sahaja demi kepentingan ramai dan juga boleh dipecat dan digantung kerja. Ketiadaan mereka ini di dalam bank boleh diganti oleh orang lain. Ramai lagi calon2 yang berwibawa dan berpengetahuan yang masih menganggur serta mempunyai kepandaian dalam bidang perbankan.
SILA JAWAB:
Kepada sahabat-sahabat di luar sana, hari ini kita dapat menarik nafas lega selepas puluhan tahun berjuang demi menegakkan hak dan membela rakyat….
Kemenangan Pakatan Rakyat tidak bermakna berakhirnya ketidakadilan yang berakar umbi di tanah air kita ini…
Keadilan bukan bertumpu kepada keadilan undang-undang semata-mata tetapi keadilan yang menyentuh masyarakat marhaen rata-ratanya adalah berkaitan dengan keadilan ekonomi..
Kepada pemimpin di luar sana, janganlah terlalu angkuh bila memegang kuasa sama ada pemimpin itu dari pembangkang mahupun kerajaan kerana kuasa merupakan satu nikmat yang perlu dimanupulasi demi kebaikan ramai pihak…
Kerajaan yang berkuasa daripada Pakatan Rakyat perlu menjaga badan-badan kerajaan dan juga GLC di bawah mereka seperti bank-bank,pemaju-pemaju perumahan dan apa juga syarikat agar bertindak adil serta mengawal pembahagian projek dan tender secara saksama..
Jatuhnya sebuah kerajaan apabila mereka leka dan membiarkan ketidakadilan ekonomi berlaku secara bermaharajalela walaupun mereka sedar tentang hal tersebut dan impak langsung telah dirasai dengan keputusan PRU 12 yang lepas.
Peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di dalam negara seperti peristiwa berdarah 13 Mei, keputusan pilihanraya ke 12 lepas adalah manifestasi langsung daripada ketidakpuasan hati rakyat terhadap pembahagian ekonomi yang sangat parah.
Pegawai-pegawai kerajaan, bank-bank GLC, syarikat-syarikat pemaju perumahan kawalan kerajaan, syarikat-syarikat awam yang lain membahagikan peluang-peluang ekonomi sesuka hati mereka sehingga keputusan yang mereka buat langsung tidak boleh dipersoalkan. Mereka berselindung di sebalik bermacam-macam alasan untuk menutup peluang ekonomi kepada mana-mana firma guaman yang mereka tidak sukai walaupun tiada sebarang kesilapan dan kesalahan dari sudut mutu dan kualiti kerja. Ini kerana mereka sedar bahawa tidak mungkin tindakan undang-undang akan diambil oleh kerajaan terhadap mereka kerana mereka telah lama bekerja makan gaji dengan kerajaan.
Jika yang berbuat demikian adalah Tan Sri Dr Teoh Hong Piow, Pengerusi dan Pengasas Public Bank Berhad, maka kita semua dapat menerimanya kerana segala wang dan harta bank tersebut adalah milik beliau keseluruhannya dan bukan daripada modal kerajaan atau mana-mana individu lain. Namun orang seperti beliau adalah orang-orang yang dilahirkan bijak, walaupun kuasa beliau terhadap bank tersebut adalah sangat luas dan tidak terhad namun beliau masih menetapkan peraturan dan polisi-polisi yang tidak menindas serta menguntungkan firma-firma guaman milik bangsa cina.
Justeru, sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat ingin berkuasa maka perlu melihat perkara ini sebagai sesuatu yang amat serius kerana perbuatan mereka ini memberi kesan kepada penjanaan keuntungan syarikat-syarikat kerajaan ini. Walhal matlamat yang paling utama oleh kerajaan adalah untuk menjana keuntungan yang sah di sisi undang-undang dan bukannya membiarkan pegawai-pegawai mereka menunjukkan kuasa tetapi gagal dari sudut perlaksanaan kerja.
Namun malangnya, bukan segelintir tetapi hampir semua pegawai-pegawai kerajaan dan GLC yang berada dalam Jabatan yang boleh menentukan pembahagian peluang ekonomi telah menetapkan polisi-polisi bodoh dan memalukan dan sebarang kritikan terhadap mereka tidak akan dilayan. ini menunjukkan kerajaan yang ada sekarang adalah sangat corrupt kerana mereka ini seolah-seolah kebal sehingga tiada sebarang tindakan boleh diambil untuk mengubah penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang mereka lakukan selama ini sejak bank-bank dan pemaju pemaju perumahan milik kerajaan ini ditubuhkan.
Cuba lihat perbezaan keuntungan bank-bank GLC dan bank-bank swasta sepenuhnya seperti Public Bank dan Hong Leong. Penubuhan mereka ini selari adalah selama penubuhan Bank Simpanan Nasional dan Agro Bank namun keuntungan yang dijana adalah sangat sedikit berbanding bank-bank swasta ini padahal Bank Negara Malaysia telah menetapkan peraturan yang menguntungkan Bank-Bank kerajaan tetapi apa yang memalukan mereka masih tidak dapat bersaing. Kenapa? dan apa sebabnya?
Sebab yang paling utama adalah pegawai-pegawai ini bukannya menumpukan usaha untuk membuat perancangan bagi menjana keuntungan kepada Bank-Bank kerajaan tetapi mereka lebih suka menumpukan usaha kepada hal-hal seperti bagaimana kita ingin mengurangkan panel-panel dengan majikan mereka iaitu bank, bagaimana mereka ingin mengambil komisyen daripada peguam-peguam atas kesusahan rakyat bawahan membeli rumah,mempercepatkan pengeluaran wang bank bagi pelanggan yang membuat pembiayaan semula perumahan ataupun bagi pelanggan yang disaman oleh pihak bank.Mereka mengambil rasuah dalam keadaan yang sangat teruk dan zalim. Wang dan juga pelanggan-pelanggan bank-bank dan pemaju perumahan tersebut bukan milik mereka. Pegawai-pegawai bank tersebut bukannya mengeluarkan modal kepada bank ataupun membina rumah untuk pemaju perumahan. Wang tersebut adalah wang rakyat.
Padahal bank-bank tersebut tidak perlu mengeluarkan sesen pun untuk memberikan panel. Mereka telah diasuh untuk memberikan jawapan standard jika ingin menolak mana-mana permohonan panel yang mereka tidak sukai kerana mungkin syarikat tersebut mengkritik mereka ataupun tidak menyuap mereka dengan rasuah wang, set kayu golf, makan-makan di hotel mewah, tidak belanja karaoke dan menyediakan GRO, membayar ansuran kereta pengurus-pengurus bank dan tidak memberi wang poket yang tetap pada setiap bulan kepada pegawai2 ini. Apa yang pelik dan menunjukkan kebodohan mereka ialah sehingga firma-firma guaman ini langsung tidak dibenarkan membawa bisnes kepada mereka walaupun ia memberi keuntungan kepada bank-bank atas alasan firma guaman tersebut tidak panel. Jika begitu mengapa tidak memberikan panel? bukannya dengan memberikan panel maka sejumlah dana daripada kerajaan dan wang rakyat terpaksa diperuntukkan ataupun terpaksa mengeluarkan wang daripada poket mereka kepada firma guaman yang ingin menjadi panel bank.
KERAJAAN perlu memberikan perhatian dalam hal ini kerana ketidakpuasan hati ramai pihak ini akan membawa kesan kepada undi yang mereka terima dalam pilihanraya. Tindakan disiplin tegas seperti digantung kerja dan dipecat perlu diambil kepada pegawai-pegawai bank tersebut kerana bilangan mereka sangat sedikit berbanding bilangan pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan perlakuan mereka. Maka dengan ini kerajaan dapat menjana keuntungan yang lebih dan juga dapat menjamin kuasa politik terus berada di tangan mereka kerana tindakan adil tersebut telah menggembirakan hati ramai pihak berbanding pihak-pihak yang tidak berpuas hati kerana dipecat atas sebab mengambil rasuah.
Manakala pemegang jawatan-jawatan tertinggi seperti pengerusi-pengerusi bank, ketua pegawai eksekutif syarikat-syarikat pula adalah individu bacul kerana enggan mengubah perkara ini. Perlu diingat, mereka juga akan menerima kesan daripada ketidakadilan pembahagian peluang ekonomi ini kerana ia melibatkan bumiputra dan juga bangsa mereka sendiri.
Adalah sangat merugikan bagi pihak kerajaan menggaji orang-orang seperti ini kerana mereka ini tidak ada daya tahan intelektual untuk berdepan dengan kata-kata dan apa yang mereka lakukan hanya membisu kerana mereka tahu tiada apa tindakan boleh diambil oleh kerajaan kepada mereka… pegawai-pegawai bawahan mereka telah menggubal dan menyusun polisi yang tidak rasional sehingga menjejaskan keuntungan kerajaan dari sudut jangka panjang….Ironisnya, mereka memberi alasan untuk tidak memberi peluang ekonomi secara adil atas sebab polisi yang telah digubal padahal perbuatan mereka mengambil rasuah dan menyalahgunakan kuasa itu bukan sahaja bertentangan dengan polisi malah melanggar prinsip2 asas mana-mana agama,undang-undang dan norma-norma kehidupan masyarakat yang bertamadun….
Saya mencabar mana-mana pihak untuk menyangkal kebenaran ini dan bagi Dato` Seri Anwar Ibrahim dan pakatan rakyat segera mengubah apa yang telah berlaku…..
Bank-bank yang sangat teruk mengamalkan rasuah dan hampir tidak ada pegawai lelaki dan perempuan mereka yang bekerja di bahagian HomeLoans, Commercial Loan, Corporate Loan dan Recovery Department yang tidak mengambil rasuah adalah yang paling utama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia di setiap cawangannya di seluruh Malaysia, MBSB di setiap cawangannya di seluruh Malaysia, CIMB, Bank Simpanan Nasional di wilayah tengah (Lembah Klang) dan Maybank di setiap cawangannya di seluruh Malaysia..
Kepada Dato` Seri, saya ingin menegaskan bahawa rasuah yang paling besar berlaku pada setiap masa dan detik adalah rasuah daripada bank-bank dan pemaju-pemaju perumahan milik kerajaan yang masih mungkin terlepas pandang oleh Dato` Seri. Saya berharap segera war-warkan perkara ini pada setiap masa ketika Dato` Seri memberikan ceramah ataupun official talk di mana-mana pun dan segera mencari jalan mengubahnya. Rasuah bank-bank ini telah berlaku puluhan tahun dan agak tersorok daripada pandangan masyarakat dan kerajaan.
Kepada Dato` Seri, cara yang paling mudah untuk mengubah senario rasuah ini adalah dengan tidak memusatkan kuasa pemberian panel kepada Legal Department Bank dan juga mengawal dan memantau sepanjang masa agar segala kes-kes di bank yang ingin diberikan kepada firma guaman tidak menjurus terlalu banyak kepada hanya satu firma guaman sahaja. Jika ini berlaku maka rasuah telah berlaku kerana adalah sangat mustahil untuk pegawai bank memberikan kes-kes dalam kuantiti yang banyak kepada hanya satu firma guaman kerana walaupun satu kes diberi tetapi rasuah tetap dipaksa beri oleh peguam-peguam. Manakala Legal Department bukannya mahir dalam bidang undang-undang tetapi cuma mempunyai kuasa menekan firma-firma guaman dengan tidak memberikan panel. Tindakan memecat mereka adalah tidak zalim kerana mereka sudah mempunyai simpanan harta yang banyak hasil daripada wang rasuah daripada peguam-peguam perumahan dan litigasi.
Salam hormat.
August 3rd, 2008 at 12:20 pm
apa dah jadi dengan harga barang yang naik sesuka hati…………ini namanya penindas..tak kira sama ada peruncit atau pengguna kami sama sama ditindas…dan kami mahukan pembelaan sebagai peruncit ……..jika perkara ini terus berterusan…yang pasti nasib peruncit akan terus ditindas………dan di perguna-gunakan sebagai aset pelepas mereka……..kami sebagai peruncit mahukan pembelaan sebagai peruncit kami juga ada hak untuk bersuara………kami mahukan isu ini di ketengah di parlimen……