Jadual lawatan DS Anwar Ibrahim ke Kelantan,Terengganu, Kedah,Perlis,P.P,KL, Selangor

SEBARKAN kepada teman-teman anda.

Dapatkan Jadual penuh Dato Seri Anwar Ibrahim 1-6 Februari
2008 sempena lawatan ke Kedah,Perlis,Pulau Pinang,Kuala
Lumpur,Selangor,Kelantan,Terengganu di www.anwaribrahimblog.com

 1/2/08 (Jumaat)

Lawatan Kerja DSAI ke Kedah - Kangar Program

Untuk Dihubungi: Zamri 013-4845000 (Kedah), Ghani 012 410 2490 (Perlis)

3.15pm High Tea bersama Masyarakat Felda

Tempat: Lubuk Merbau, DUN Pedu

4.15pm Sepetang bersama Masyarakat

Siam

Tempat: Naka, DUN Pedu

5.30pm Amanat kpd Petugas BA

Tempat:

Padang

Terap di Kuala Nerang

7.30pm Maghrib dan Tazkirah di Kuala Kedah

 9.00pm Perjumpaan
Masyarakat Cina

Tempat: Kelab Hokkien, Kangar.

 10.30pm Ceramah
Perdana

Tempat: Titicai, Utan Aji, Kangar

 

2/2/08 (Sabtu)

Program Election Dry Run Negeri Pulau

Pinang

– Diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim

Untuk Dihubungi : Dr. Mansoh 012 430 3512, Hj Malik 019 445
1005

 

2.30-4.00pm HCTV Forum Media Interview,

Han

Chiang

High School

Auditorium

4.00pm Program bersama dengan masyarakat Cina

Tempat: Kuala Sungai

Pinang

(Parlimen Balik Pulau)

5.00pm Majlis Sepetang Bersama DSAI

Tempat: N. 39 Pulau Betong

7.30pm Solat Maghrib & Taskirah

Tempat: surau Bayan Baru

8.30pm Majlis bersama masyarakat Cina

Tempat: Kampong Naran (DUN Batu Maung)

9.30pm Indian Prog

Tempat: Iniras Restaurant,

Brown

Garden

10.30pm Ceramah Perdana

Tempat: Kg Batu Maung di Parlimen Bayan Baru 

 

3/2/08 (Ahad)

Untuk Dihubungi: Zuraida 019 385 4238

2.30-3.30pm Pelancaran Program "Dari Wanita untuk
Wanita, Dari Wanita untuk Semua"

Tempat: Corus, Hotel, KL

 

Program

Kota

Raja

Untuk Dihubungi: Dr. Xavier 012 2860595

9.30pm Ceramah
Perdana DSAI

Tempat: Pekan Lama Sri Muda

 

11pm Ceramah Perdana DSAI

Tempat: DUN Seri Andalas

 

4/2/08 (Isnin)

Untuk Dihubungi: Faisal 019 223 2002

9.00-10.00pm Ceramah Perdana DSAI Kelana Jaya Prog

Tempat: Pusat Khidmat Masyarakat Kelana JayaB2-G-29 Desa
Mentari,

Sg Way

(belakang
Kontena Nasional)

 

Untuk Dihubungi: Faisal 019 223 2002

10.30-11.30m Ceramah Perdana DSAI Subang

Tempat: Markas PAS

Kg Sg Kayu Ara Damansara Utama

(berhampiran plaza tol Dsara NKVE)

 

5/2/08 (Selasa)

Lawatan Kerja Ke Negeri Kelantan

Untuk Dihubungi: Nik Mahmood 019 338 9229

 

6.00 PM - Majlis Asyura di Seri Cemerlang,

Tempat: Jalan Kebun Sultan,

Kota

Bharu

7.00 PM - Solat Maghrib di Masjid Muhammadi, Kota Bharu

8.00 PM - Solat Isyak & Tazkirah di Masjid

Kota

9.45 PM – Ceramah Umum DSAI

Tempat: Kampung Telaga Bata, Tumpat bersama Dato’

Kamarudin Jaafar, Dato’ Husam Musa dan calon DUN KeADILan
Pengkalan

Kubur

11.00 PM - Ceramah Perdana DSAI

Tempat: Dataran
Stadium, Kota Bharu bersama Nik Mahmood

Nik Hassan, Saifuddin Nasution, Takiyuddin Hassan, Tuan Guru
Nik Abd

Aziz Nik Mat

 

6/2/2008 (Rabu)

Lawatan Kerja DSAI ke Negeri Terengganu

Untuk Dihubungi: Faris 012 370 1319

 

5.00pm Majlis Perjumpaan Rakyat

Tempat: DUN Bandar (Parliament K. Terengganu)

 6.00pm Majlis
Perjumpaan Rakyat

Tempat: Kuala Nerus (DUN Seberang Takir) - Parliament Kuala
Nerus

7.30pm Sembahyang Maghrib and Taskirah

Tempat: Seberang Takir

 9.00pm Ceramah
Perdana

Tempat: DUN Permaisuri- Parliament Setiu

9.30pm Ceramah Perdana

Tempat: DUN

Kota

Putera - Parliament Besut


Sim Tze Tzin
Political Coordinator
The Office of Anwar Ibrahim
No 17 Jalan 16/2, Seksyen 16
46350 Petaling Jaya,
Malaysia
03-7956 6444 (T) / 03-7956 5444 (F)
ttsim2007@gmail.com

7 Responses to “Jadual lawatan DS Anwar Ibrahim ke Kelantan,Terengganu, Kedah,Perlis,P.P,KL, Selangor”

  1. Shidi Says:

    Surat Terbuka Kepada Dato` Seri Anwar Ibrahim by The Youngest Son of Class 64` MCKK

    Saya ingin Dato Seri jawab apa yang dapat Dato` Seri lakukan terhadap bank-bank ini. Samada Pengerusi Bank ataupun CEO, jawatan mereka adalah dilantik dan boleh diarah untuk membuat apa sahaja demi kepentingan ramai. Ketiadaan mereka ini di dalam bank boleh diganti oleh orang lain. Ramai lagi calon2 yang berwibawa dan berpengetahuan.

    SILA JAWAB:

    Kepada sahabat-sahabat di luar sana, hari ini kita dapat menarik nafas lega selepas puluhan tahun berjuang demi menegakkan hak dan membela rakyat….

    Kemenangan Pakatan Rakyat tidak bermakna berakhirnya ketidakadilan yang berakar umbi di tanah air kita ini…

    Keadilan bukan bertumpu kepada keadilan undang-undang semata-mata tetapi keadilan yang menyentuh masyarakat marhaen rata-ratanya adalah berkaitan dengan keadilan ekonomi..

    Kepada pemimpin di luar sana, janganlah terlalu angkuh bila memegang kuasa sama ada pemimpin itu dari pembangkang mahupun kerajaan kerana kuasa merupakan satu nikmat yang perlu dimanupulasi demi kebaikan ramai pihak…

    Kerajaan yang berkuasa daripada Pakatan Rakyat perlu menjaga badan-badan kerajaan dan juga GLC di bawah mereka seperti bank-bank,pemaju-pemaju perumahan dan apa juga syarikat agar bertindak adil serta mengawal pembahagian projek dan tender secara saksama..

    Jatuhnya sebuah kerajaan apabila mereka leka dan membiarkan ketidakadilan ekonomi berlaku secara bermaharajalela walaupun mereka sedar tentang hal tersebut dan impak langsung telah dirasai dengan keputusan PRU 12 yang lepas.

    Peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di dalam negara seperti peristiwa berdarah 13 Mei, keputusan pilihanraya ke 12 lepas adalah manifestasi langsung daripada ketidakpuasan hati rakyat terhadap pembahagian ekonomi yang sangat parah.

    Pegawai-pegawai kerajaan, bank-bank GLC, syarikat-syarikat pemaju perumahan kawalan kerajaan, syarikat-syarikat awam yang lain membahagikan peluang-peluang ekonomi sesuka hati mereka sehingga keputusan yang mereka buat langsung tidak boleh dipersoalkan. Mereka berselindung di sebalik bermacam-macam alasan untuk menutup peluang ekonomi kepada mana-mana firma guaman yang mereka tidak sukai walaupun tiada sebarang kesilapan dan kesalahan dari sudut mutu dan kualiti kerja. Ini kerana mereka sedar bahawa tidak mungkin tindakan undang-undang akan diambil oleh kerajaan terhadap mereka kerana mereka telah lama bekerja makan gaji dengan kerajaan.

    Jika yang berbuat demikian adalah Tan Sri Dr Teoh Hong Piow, Pengerusi dan Pengasas Public Bank Berhad, maka kita semua dapat menerimanya kerana segala wang dan harta bank tersebut adalah milik beliau keseluruhannya dan bukan daripada modal kerajaan atau mana-mana individu lain. Namun orang seperti beliau adalah orang-orang yang dilahirkan bijak, walaupun kuasa beliau terhadap bank tersebut adalah sangat luas dan tidak terhad namun beliau masih menetapkan peraturan dan polisi-polisi yang tidak menindas serta menguntungkan firma-firma guaman milik bangsa cina.

    Justeru, sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat ingin berkuasa maka perlu melihat perkara ini sebagai sesuatu yang amat serius kerana perbuatan mereka ini memberi kesan kepada penjanaan keuntungan syarikat-syarikat kerajaan ini. Walhal matlamat yang paling utama oleh kerajaan adalah untuk menjana keuntungan yang sah di sisi undang-undang dan bukannya membiarkan pegawai-pegawai mereka menunjukkan kuasa tetapi gagal dari sudut perlaksanaan kerja.

    Namun malangnya, bukan segelintir tetapi hampir semua pegawai-pegawai kerajaan dan GLC yang berada dalam Jabatan yang boleh menentukan pembahagian peluang ekonomi telah menetapkan polisi-polisi bodoh dan memalukan dan sebarang kritikan terhadap mereka tidak akan dilayan. ini menunjukkan kerajaan yang ada sekarang adalah sangat corrupt kerana mereka ini seolah-seolah kebal sehingga tiada sebarang tindakan boleh diambil untuk mengubah penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang mereka lakukan selama ini sejak bank-bank dan pemaju pemaju perumahan milik kerajaan ini ditubuhkan.

    Cuba lihat perbezaan keuntungan bank-bank GLC dan bank-bank swasta sepenuhnya seperti Public Bank dan Hong Leong. Penubuhan mereka ini selari adalah selama penubuhan Bank Simpanan Nasional dan Agro Bank namun keuntungan yang dijana adalah sangat sedikit berbanding bank-bank swasta ini padahal Bank Negara Malaysia telah menetapkan peraturan yang menguntungkan Bank-Bank kerajaan tetapi apa yang memalukan mereka masih tidak dapat bersaing. Kenapa? dan apa sebabnya?

    Sebab yang paling utama adalah pegawai-pegawai ini bukannya menumpukan usaha untuk membuat perancangan bagi menjana keuntungan kepada Bank-Bank kerajaan tetapi mereka lebih suka menumpukan usaha kepada hal-hal seperti bagaimana kita ingin mengurangkan panel-panel dengan majikan mereka iaitu bank, bagaimana mereka ingin mengambil komisyen daripada peguam-peguam atas kesusahan rakyat bawahan membeli rumah,mempercepatkan pengeluaran wang bank bagi pelanggan yang membuat pembiayaan semula perumahan ataupun bagi pelanggan yang disaman oleh pihak bank.Mereka mengambil rasuah dalam keadaan yang sangat teruk dan zalim. Wang dan juga pelanggan-pelanggan bank-bank dan pemaju perumahan tersebut bukan milik mereka. Pegawai-pegawai bank tersebut bukannya mengeluarkan modal kepada bank ataupun membina rumah untuk pemaju perumahan. Wang tersebut adalah wang rakyat.

    Padahal bank-bank tersebut tidak perlu mengeluarkan sesen pun untuk memberikan panel. Mereka telah diasuh untuk memberikan jawapan standard jika ingin menolak mana-mana permohonan panel yang mereka tidak sukai kerana mungkin syarikat tersebut mengkritik mereka ataupun tidak menyuap mereka dengan rasuah wang, set kayu golf, makan-makan di hotel mewah, tidak belanja karaoke dan menyediakan GRO, membayar ansuran kereta pengurus-pengurus bank dan tidak memberi wang poket yang tetap pada setiap bulan kepada pegawai2 ini. Apa yang pelik dan menunjukkan kebodohan mereka ialah sehingga firma-firma guaman ini langsung tidak dibenarkan membawa bisnes kepada mereka walaupun ia memberi keuntungan kepada bank-bank atas alasan firma guaman tersebut tidak panel. Jika begitu mengapa tidak memberikan panel? bukannya dengan memberikan panel maka sejumlah dana daripada kerajaan dan wang rakyat terpaksa diperuntukkan ataupun terpaksa mengeluarkan wang daripada poket mereka kepada firma guaman yang ingin menjadi panel bank.

    KERAJAAN perlu memberikan perhatian dalam hal ini kerana ketidakpuasan hati ramai pihak ini akan membawa kesan kepada undi yang mereka terima dalam pilihanraya. Tindakan disiplin tegas seperti digantung kerja dan dipecat perlu diambil kepada pegawai-pegawai bank tersebut kerana bilangan mereka sangat sedikit berbanding bilangan pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan perlakuan mereka. Maka dengan ini kerajaan dapat menjana keuntungan yang lebih dan juga dapat menjamin kuasa politik terus berada di tangan mereka kerana tindakan adil tersebut telah menggembirakan hati ramai pihak berbanding pihak-pihak yang tidak berpuas hati kerana dipecat atas sebab mengambil rasuah.

    Manakala pemegang jawatan-jawatan tertinggi seperti pengerusi-pengerusi bank, ketua pegawai eksekutif syarikat-syarikat pula adalah individu bacul kerana enggan mengubah perkara ini. Perlu diingat, mereka juga akan menerima kesan daripada ketidakadilan pembahagian peluang ekonomi ini kerana ia melibatkan bumiputra dan juga bangsa mereka sendiri.

    Adalah sangat merugikan bagi pihak kerajaan menggaji orang-orang seperti ini kerana mereka ini tidak ada daya tahan intelektual untuk berdepan dengan kata-kata dan apa yang mereka lakukan hanya membisu kerana mereka tahu tiada apa tindakan boleh diambil oleh kerajaan kepada mereka… pegawai-pegawai bawahan mereka telah menggubal dan menyusun polisi yang tidak rasional sehingga menjejaskan keuntungan kerajaan dari sudut jangka panjang….Ironisnya, mereka memberi alasan untuk tidak memberi peluang ekonomi secara adil atas sebab polisi yang telah digubal padahal perbuatan mereka mengambil rasuah dan menyalahgunakan kuasa itu bukan sahaja bertentangan dengan polisi malah melanggar prinsip2 asas mana-mana agama,undang-undang dan norma-norma kehidupan masyarakat yang bertamadun….

    Saya mencabar mana-mana pihak untuk menyangkal kebenaran ini dan bagi Dato` Seri Anwar Ibrahim dan pakatan rakyat segera mengubah apa yang telah berlaku…..

    Bank-bank yang sangat teruk mengamalkan rasuah dan hampir tidak ada pegawai lelaki dan perempuan mereka yang tidak mengambil rasuah adalah yang paling utama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, CIMB, Bank Simpanan Nasional dan Maybank.

    Kepada Dato` Seri, saya ingin menegaskan bahawa rasuah yang paling besar berlaku setiap masa dan detik adalah rasuah daripada bank-bank dan pemaju-pemaju perumahan milik kerajaan yang masih mungkin terlepas pandang oleh Dato` Seri. Saya berharap segera war-warkan perkara ini pada setiap masa ketika Dato` Seri memberikan ceramah ataupun official talk di mana-mana pun dan segera mencari jalan mengubahnya. Rasuah bank-bank ini telah berlaku puluhan tahun dan agak tersorok daripada pandangan masyarakat dan kerajaan.

    Kepada Dato` Seri, cara yang paling mudah untuk mengubah senario rasuah ini adalah dengan tidak memusatkan kuasa pemberian panel kepada Legal Department Bank. Ini kerana mereka bukannya mahir dalam bidang undang-undang tetapi cuma mempunyai kuasa menekan firma-firma guaman dengan tidak memberikan panel. Tindakan memecat mereka adalah tidak zalim kerana mereka sudah mempunyai simpanan harta yang banyak hasil daripada wang rasuah daripada peguam-peguam perumahan dan litigasi.

    Salam hormat.

  2. joe Says:

    Raja adil Raja disembah,,
    Raja zalim Raja disanggah,,
    Kebenaran akan terbukti jua,,,,
    hidup DSAI!!!!

  3. pengeran muda Says:

    Dato Seri kami berada di belakang dato seri dan menyokong per juangan HIDUP DSAI …………….

  4. HaFiZ Says:

    saya respect dato’…

  5. remaja alternatif Says:

    teruskn perjuangan… usah toleh ke blakang… pedulikan fitnah yg dilontar… smoga yg Maha Esa membantu dato’ menegakkan keadilan…

  6. Naseef Says:

    Saya tetap sokong perjuangan DSAI,… PENDIDIKAN PERCUMA supaya masyarakat boleh melihat kebenaran perjuangan DSAI

  7. ez Says:

    Dato camner dgn kes liwat tu? agak² leh menang ke? tp x tau lh betul ke x.Allah maha adil…

Leave a Reply