Allahyarham Aris Chris Fernando

Jam 1 pagi di Kota Kinabalu, Sabah, saya menerima berita yang amat
menyedihkan dari dinda Rusli. Kita kehilangan sahabat malah selaku ahli
keluarga, pendukung setia agenda Reformasi, peguambela handal - dan
buat saya rakan karib setia bersama terutama tatkala menanggung derita
di penjara Sungai Buloh.

Chris mulannya bersahabat dengan kanda Allahyarham Rani dan mula
akrab dengan saya Azizah, anak-anak dan keluarga sebaik saya dipecat.
Beliau bersama dengan barisan peguam secara sukarela, pro bono membela
saya, bekerja bertungkus lumus dengan gaya dan kepetahan istimewa.
Chris diiringi anakandanya yang dikasehi Marisa. Sepanjang berulangalik
ke penjara, beliau amat mengharapkan saya bebas awal agar dapat
menghadiri upacara perkahwinan anaknya.

Saya amat terharu di atas pemergiannya, seolah-olah abang kandung
saya sendiri. Chris adalah teman karib, memahami isi hati saya,
membantu mendorong memperkuat semangat dan keyakinan saya tatkala di
Sungai Buloh.

Saya mendapat berita keuzuran tenat Chris akibat serangan jantung
pagi tadi sebelum menaiki pesawat ke Kota Kinabalu. Azizah sempat
menziarahnya di IJN tengahhari tadi dan melaporkan bahawa keadaan
beliau membimbangkan. Dan saudara Zulkifli Nordin menyampaikan berita
perkembangan melalui SMS.

Maria dan keluarga diharap bersabar menempuh dugaan, yang
mengejutkan kami semua. Saya akan cuba membatalkan sebahagian program
pagi nanti untuk berlepas pulang awal mengiringi jenazah Allahyarham
Chris.

Didoakan semoga Allah swt mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Rizal Chris Fernando dan menempatkannya bersama salihin.

ANWAR IBRAHIM

9 Responses to “Allahyarham Aris Chris Fernando”

  1. A z I Z a N Says:

    PeGuam DSAI yg Bernama Cristopher Fernando memeluk ISLAM??
    Adakah Semasa Dia memBela DSAI dia beragama Islam ataupun selepas Itu baru memeLuk IslAm??

  2. nadiah Says:

    you are the one..

  3. fAiz Says:

    al-Fatihah

  4. Bingkuk s Says:

    Hidup DSAI…
    Teruskan perjuangan…..
    Kami sentiasa d sisimu,,,,,,

  5. Nik Ram Zaedi Says:

    Amin..

    Mudah2an rohnya berada dikalangan para ahlal-bait.

    Kami mohon pemergian sdr Aris “Fernando” Abdullah ini dapat memberikan dorongan kepada Dato’ Seri dalam meneruskan perjuangan beliau dan juga seluruh rakyat2 Malaysia yg menyokong penuh perjuangan menegakkan keadilan ini.

    Wasallam.

  6. fuad Says:

    Teruskan perjuangan demi menegakkan keadilan dan kesejahteraan kpd rkyat.

  7. PKR Says:

    semoga rohnya dicucuri rahmat
    takziah diucapkan kepada keluarga arwah

  8. Linde Says:

    hmm…pape je la…aku nk tgk…bleh ke nnti dsai mrntah ng baik….aku x skg mane2..aku pn hrp,krajaan skg hncurl..tp…xnk la,bile naik krajaan bru,2 kali 5 je…hmm

  9. fatin Says:

    askum datuk sri..saya merupakan anak salah seorang pnyokong kuat PKR.. disini saya ingin mengemukakan satu masalah yg terjadi d ADUN lunas..ini merupakan tentang YB RADZHI SALLEH yang enggan turun padang bagi menyelesaikan masalah yang melanda penduduk d lunas..kami penduduk d sini amat tidak berpuas hati dgn perkhimatan yg d beri..tiada majlis dialog yg d lakukan bg mendengar masalah2 dan menyesaikan nya..harapan saya agar datuk boleh menasihati YB Radzhi agar selalu turun padang d tempat kami dan jgn hanya duduk kt alor setar shj noh!! sekian… :)

Leave a Reply